Monday, 6 April 2015

Si Tudung Labuh

“Eh ganjil,” detik hatinya. Lalu, ia pun meneruskan perjalannya. Setelah beberapa langkah sekali lagi hatinya berkata, “Apakan? Banarkah ni?” seolah-olah tidak dapat menghadam apa yang dilihatnya. Bertudung labuh, pakai “handsock” dan stokin. “Panas kaliah Brunei ani. What is wrong with them?”

Itulah aku. Aku pada satu ketika dahulu. Benar, aku salah seorang daripada mereka. Aku juga memakai tudung, tapi labuh memang tidak. Stokin? Handsock? NO WAY! Itu prinsip hidupku. Namun aku masih merasa tidak selesa dengan prinsip sebegitu. Walau keterampilan ku dengan memakai jeans dan baju blouse biasa menutup aurat kulit ku, tapi masih saja menarik perhatian kaum adam. Kadang aku rimas, Aku tertanya-tanya kenapa masih mengganggu ku sedang ku tutup aurat ku?

Tapi, bila Nampak si tudung labuh aku mengata mereka. Extremis! Perasan ustazah! Kenapa? Kerana aku tahu ia adalah benar, tapi aku tidak mahu mengakuinya. Kerana aku tahu jika aku mula berpakaian begitu, aku akan di kata orang. Aku takut akan kata kata tajam orang di sekeliling ku.

Selang beberapa tahun, Allah menghadiahkan ku suatu nikmat yang indah. Namanya Hijrah. Dibumi United Kingdom ku temui cinta Illahi. Mulanya dari seorang kakak yang “coincidently” si bertudung labuh. Perilakunya sungguh indah, Kaum adam tampak “respect” padanya. Kata-katanya indah dan benar. Sejurus ku tukar prinsip ku! Osem nya si tudung labuh!

Ku mula tertanya-tanya. Apakah persepsi ku selama ini salah? Adakah yang bertudung labuh ni baik? Bukan extreme eh? Kenapa kaum adam hormat mereka? Kenapa setiap yang terluah dari kata katanya membuat hati ku makin terpaut padanya! Pada Islam! Pada Allah! Kenapa? Apakah aku sudah gila? Kalau aku mengenakan pakai tudung labuh, stokin, dan handsock okay kah? Will others not judge me?

Soalan demi soalan bertalu-talu menziarahi minda ku. Hati dan aqal berkata marilah, nafsu mengapi-apikan perasaan “kau tak takut kena judge kah?”

Allah tu baik, Allah tu Adil. Allah tu sayang hamba-hambaNya walau hambaNya selalu saja mendzalimi diri mereka sendiri. Satu demi satu ku cuba.. Mula mula pakai stokin, kemudian aku jatuh cinta pada si handsock.  Tudung labuh mula mencuit hati kecil ku. Baju mula ku labuhkan. “Step by step,” bisik hatiku.

Today, I am a whole new person. Aku lah si tudung labuh yang ku keji pada satu masa dahulu. Ku rasa indah. Ku kata Alhamdulillah. Sekarang bila ku berjalan di tempat pergedungan, memang sesekali ada lirikkan mata tajam memandang keterampilan ku. Tapi aku faham, mereka perlu masa.

Namun,
wahai kaum hawa,
Bila kau kata tunggu masa,
bila lagikah masanya.
Hidayah dah diberi depan mata
Tunggu apa lagi?

Ku tangisi keterlambatan ku,
Ku syukuri keberadaan ku.
Dapatkah kita kata “esok saja”?
Guarantee kah kita esok masih ada?
Bila terdetik hijrah dihati,
Mahunya bukalah hati.

Jangan hidayah diberi
Disia-siakan hingga tiada masa tertinggal lagi.
Kaum manusia memang hamba tidak mensyukuri
Bila dah di akhirat kita kata “kalau ku ada chance I want to go back, be a better person”
Bila tiba masa itu, semuanya dah terlambat!
Tiadalagi “chance” dari yang Maha Kuasa
Time’s up


Jadi masihkah mahu menangguh kebaikan ini?