Tuesday, 18 August 2015

Pemuda



















Pemuda-pemuda ini,
Merekalah yang pantas,
bila sahutan Islam bergema
memanggil namanya.

Pemuda-pemuda ini,
Merekalah yang tegas bangun,
Tika mana yang lainnya
sedang lena dibuai mimpi.

Pemuda-pemuda ini,
Merekalah yang membuak-buak semangatnya,
Bersatu dan bersama,
Melaungkan semangat Allahu Akbar.

Pemuda-pemuda ini,
Merekalah yang bersama,
Memikul keperitan dan kepedihan,
Dalam jalan yang panjang dan berliku ini.

Pemuda-pemuda ini,
Merekalah yang berpegang erat,
Dalam senang dan susah,
Sama-sama memberi sokongan yang tak henti.

Pemuda-pemuda ini,
Merekalah yang sama-sama,
Mencari ilham menimba ilmu tanpa henti,
Demi menegakkan agama yang suci.

Pemuda-pemuda ini,
Merekalah yang belayar ke sana kemari,
Tanpa endah akan lelah dan wang saku cukup makan,
Mempertaruhkan segalanya demi cinta pada Illahi.

Ku harap janganlah
Pemuda-pemuda ini,
Mereka di masukkan dalam golongan futur,
Kerna hanya pujukan syaitan pada duniawi.

Wahai pemuda,
Ingatlah ketika suka mu,
Ingatlah ketika duka mu,
Ingatlah rakan seperjuangan mu.

Ingatlah kenapa kau memilih berada di sini pertama kali,
Adakah berbaloi meninggalkan semua ini?
Kemana hilang semangat yang sukar di kecapi?
Mungkinkah kerna kau sudah tidak percaya akan yaumul qiyamah nanti?

Ku harap pemuda-pemuda ini
Akan sentiasa tsabat dan istiqomah,
Mengharungi segala dugaan dan cabaran,
Kerna jannatul Firdausi sedia menanti.

Bukan kerana teman.
Bukan kerana terpaksa.
Cuma mahu menggapai redha illahi.
Allahuma aamin.