Friday, 24 July 2015

ZerotoHero

Tiga tahun yang lalu,
Aku seorang yang biasa.
Aku menjalani rutin hidup tapi mati.
Tidur, Bangun, Mandi,
Makan, Sekolah, Jalan-jalan,
Balik, Rehat. Makan,
Belajar, Mandi. Tidur.


 Ah! Semua itu biasa bukan?
Menjadi satu rutin pada kebanyakkan orang.
Aku juga pernah merasa bosan,
Rutin harian tiada memberi ku kepuasan
Pernah ku tertanya, kenapa perlu buat itu semua?
Ku pertikai setiap yang terlintas di minda,
Tapi mungkin sampai tahap itu sahaja.


 Tiga tahun kemudian,
Baru ku kenal erti sebuat kehidupan.
“Ini sejarah kita”  - membuka mata, menyadarkan minda.
Rupa-rupanya aku baru hidup dalam alam nyata!
Sebelumnya aku menjalani kitaran robot semata!
Alhamdulillah pujian pada Yang Kuasa,
Menyadarkan aku dari terlena,
Dibuai mimpi yang tak ada sudahnya.


 Sekarang aku dalam dunia nyata,
Dunia rupanya penuh cabarannya.
Iman bak huruf W,
Mencabar kekuatan ku setiap masa.
Kekuatan apa?
Rohani? Jasmani? Aqli? SEMUANYA!


 Gah bukan?
Itu lah Islam.
Agama suci tiada tandingnya,
Cahaya pintu kebenaran tiada duanya.


 Tiga tahun kemudian,
Aku merasa sedikit sebanyak “ZERO to HERO”
Aku harap aku menjadi HERO hingga nafas akhirku,
Berjuang demi Islam,
Berjuang kerana Allah,
Berjuang untuk penamat direbut semua.
Jannatul Firdausi ku harap terbuka,
Untuk hamba yang penuh dosa setiap masa.
Mengharap kemaafan dari Tuhannya,
Setiap saat setiap masa.


 Doa ku titip di angin bayu,
Sampaikan salam pada rumah terakhirku,
Ku takut akan nerakaMu,
Ku harap dapat berjumpa Tuhanku di Jannatul Firdausi yang satu.


Thursday, 16 July 2015

Salam Sayang

Ia datang di sambut gembira
Ia pergi di sambut duka
Aku rasa hilang
Aku rasa sunyi
Aku rasa tidak berdaya.

Angin malam menampar lembut pipi,
Membawa pergi kesedihan
Di bawa bersamanya air mata
Penuh dengan rasa kehilangan

Ya Allah,
Rindu ku padanya tak dapat ku ungkapkan
Dalam doa ku sampaikan kerinduan
Rindu akan hidupnya Islam
Rindu dengan bi’ah penuh iman

Tapi ku sedar,
Hidup mesti perlu diteruskan.
Tinggalnya aku tanpa dirinya
Bukan penghalang untuk meningkatkan iman.

Kalau iman hilang bersama ia
Bukan kah sia sia semua amalan?
Adakah kita beramal ketika bersamanya saja?
Adakah amal hilang di telan rutin kehidupan?

Ramadhan,
Akan ku tetap rindu padamu.
Jika tidak berjodoh untuk Ramadhan yang datang
Sambutlah aku di pintu Ar-Rayan.


Salam sayang buat Ramadhan.

Tuesday, 14 July 2015

Takut

Kaku langahku,
Di iring perasaan berbaur;
Syukur. Sedih. Berat. Gembira. Hiba.
Tapi aku cuba untuk redha.

Bumi United Kingdom,
Bumi yang telah banyak mengajar ku,
Disini ku temui cinta sebenar,
Cinta bukan kerana nafsu belaka,
Tapi cinta suci pada yang Esa.

Hatiku berat mengenangnya,
Saban hari berlalu,
Aku patut gembira,
Kerana keluarga sedia menungguku,
Yang jauh beribu batu.

Tapi entah mengapa,
Aku lebih suka berada di luar Negara.
Ku rasa bebas!
Bebas memilih jalan cerita hidupku,
Bebas dengan bi’ah yang indah lagi suci,
Bebas dari perasaan selesa,
Bebas dari genggaman dunia.

Kaki ku menjejak kemana saja,
Panggilan akhirat mudah di sahut,
Panggilan dunia masih bisa ku tolak.

Namun sekarang aku merasa takut.
Takut pada jahiliyyah yang tebal.
Takut pada jahiliyyah yang dahulu.
Takut kembali ke jalan yang gelap.
Nauzubillah min dzalik.

Tak tentu arah.
Kelu lidah ku,
Terhenti langkahku,
Takut akan masa hadapan yang menantiku.

Akan kah aku masih tetap istiqomah?
Sepertimana ku berjuang di negera orang,
Akan kuatkah ku berjuang bila balik nanti?

Aaaaah,
Kusut aku dibuatnya,
Aku takut aku jatuh,
Aku takut tiada yang akan menolong ku.

Tapi aku sedar,
Allah takkan beri ujian kalau hambaNya tak kuat,
Allah takkan beri ujian tanpa memberi kekuatan,
Allah takkan beri ujian kalau Allah tak sayang.

Wahai Ikhwah,
Wahai Akhwat,
Jika ku tersungkur,
Tuntunkanlah.
Jika ku terlena,
Bangunkanlah.
Jika ku berpaling,
Jangan pernah putus asa membawa ku kembali.

Salam cemas,
AST yang takut di telan bumi. 

Wednesday, 1 July 2015

FURQAN – THE SEPARATOR BETWEEN TRUTH AND FALSE

Seindah nama,
Furqan membuat Ramadhan ku lebih berharga.
Seadanya,
Furqan cuba menampung kami semua.
Furqan,
Ku kata ku jatuh cinta.

Dalam hening malam,
Riuh tapak kaki memijak bumi,
Ada yang berlari lari anak,
Kumat kamit dalam dzikirnya menuju sang Furqan.

Dalam Furqan ku bertemu ukhuwwah indah,
Ukhuwwah terjalin dalam iman,
Indah ukhuwwah bukan kerana dunia,
Tapi indahnya ukhuwwah kerana Allah.

Kata di tutur satu persatu,
“Pardon me” kalau tak mengerti,
Walau jauh dari negeri sendiri,
Islamnya sini tetap tak terganti.

“Keep your prayers” olahnya,
MashaAllah sentiasa mengukir bibirnya.
SubhanAllah ku panjat pada yang Esa,
Memberi keindahan Islam pada diriku ini.

Pembeza, seerti nama.
Furqan,
Menyedarkan ku dari dunia luar.
Allah,
Ku panjat syukur padaMu,
Memberi Furqan di dalam Ramadhan ku,
KeranaMu Ramadhan ku penuh makna.
Moga perasaan ini indah selamanya.

Terima kasih Furqan,

Syukur Alhamdulillah ya Rabb.