Kaku langahku,
Di iring perasaan berbaur;
Syukur. Sedih. Berat. Gembira. Hiba.
Tapi aku cuba untuk redha.
Bumi United Kingdom,
Bumi yang telah banyak mengajar ku,
Disini ku temui cinta sebenar,
Cinta bukan kerana nafsu belaka,
Tapi cinta suci pada yang Esa.
Hatiku berat mengenangnya,
Saban hari berlalu,
Aku patut gembira,
Kerana keluarga sedia menungguku,
Yang jauh beribu batu.
Tapi entah mengapa,
Aku lebih suka berada di luar Negara.
Ku rasa bebas!
Bebas memilih jalan cerita hidupku,
Bebas dengan bi’ah yang indah lagi suci,
Bebas dari perasaan selesa,
Bebas dari genggaman dunia.
Kaki ku menjejak kemana saja,
Panggilan akhirat mudah di sahut,
Panggilan dunia masih bisa ku tolak.
Namun sekarang aku merasa takut.
Takut pada jahiliyyah yang tebal.
Takut pada jahiliyyah yang dahulu.
Takut kembali ke jalan yang gelap.
Nauzubillah min dzalik.
Tak tentu arah.
Kelu lidah ku,
Terhenti langkahku,
Takut akan masa hadapan yang menantiku.
Akan kah aku masih tetap istiqomah?
Sepertimana ku berjuang di negera orang,
Akan kuatkah ku berjuang bila balik nanti?
Aaaaah,
Kusut aku dibuatnya,
Aku takut aku jatuh,
Aku takut tiada yang akan menolong ku.
Tapi aku sedar,
Allah takkan beri ujian kalau hambaNya tak kuat,
Allah takkan beri ujian tanpa memberi kekuatan,
Allah takkan beri ujian kalau Allah tak sayang.
Wahai Ikhwah,
Wahai Akhwat,
Jika ku tersungkur,
Tuntunkanlah.
Jika ku terlena,
Bangunkanlah.
Jika ku berpaling,
Jangan pernah putus asa membawa ku kembali.
Salam cemas,
AST yang takut di telan bumi.
No comments:
Post a Comment