Friday, 25 August 2017

Pelik

Pelik.
Apabila sesama sendiri,
Mengutuk, mengata,
Tak henti henti.

Pelik.
Benda yang baik,
Sebab benci,
Dilihat buruk dalam pandangan diri.

Pelik.
Tahu semua.
Tapi caranya,
Tak tahu apa-apa.

Pelik.
Manusia itu…
Sungguh pelik!

Biarlah,

Asal dalam semua itu, apa kita perlu adalah sabar.

Tuesday, 15 August 2017

ANUGERAH

Inspirasi di putik dari kegagalan sendiri, 
mengarang cerpen bertajuk ANUGERAH. 
Terimalah yang sekedar nukilan.
Ini, untuk mu.
.
.
.
Satu masa,
Aku merasa dunia adalah yang utama,
Tempat ku berkerah segala nyawaku,
Untuk jadi yang terbaik dalam duniaku.

Satu masa,
Aku mengecewakan,
Aku dikecewakan,
Dan aku gemar pada kecewa.

Satu masa,
Aku terbuai dalam mimpi,
Mimpi pada indahnya dunia,
Mimpi alangkah indah jika aku punya semua.

Satu masa,
Aku mula mencari,
Kenapa selama ku mengejar dunia,
Tidak memberi kepuasan pada diri.

Satu masa,
Aku tertanya-tanya,
Kenapa aku disini?
Ah, Ini semua sungguh ku tak pasti!

Satu masa,
Aku menangisi cerita ku,
Kenapa aku begitu,
Begelombang rasa cinta pada dosa dan masa silamku.

Satu masa,
Aku mula sedar,
Betapa aku alpa,
Dalam dunia yang penuh dosa.

Satu masa,
Aku bertemu mereka,
Yang mengajar ku erti kehidupan,
Yang mengajar tentang hebatnya kebenaran.

Satu masa,
Aku belajar semula,
Langkah demi langkah,
Mengenal hidup yang sebenarnya.

Dan nanti suatu masa,
Biar Tuhan menentukan,
Aku akan terus mencari aku,
Kerna aku anugerah terindah dari Tuhan buat diriku.

Tulus,Yang lama menyepi.

YANG DI TENTUKAN

Bukanlah indah jika tiada ujian,
Bukanlah nikmat jika panas memanjang,
Bukanlah rungut sesuatu yang jarang,
Cuma semuanya sudah ditentukan.

Tuesday, 27 June 2017

HILANG

Dia datang,
Diri tak sedia.
Dia pergi,
Ketika lemahnya diri.

Ketika dia disini,
Ku lengahkan semua.
Endah tak endah ku buatnya,
Ku biar masa berlalu pergi.

Sekarang,
Dia pergi.
Aku rasa hilang,
Terasa sunyi sepi.

Jiwa yang kacau,
Ah, perlu ku lawan saja.
Lawan bisikan syaitan.
Lawan nafsu serakah diri.

Aku yang hilang,
Di tenggelami indahnya dunia
Tapi indah dunia
Hanya sekejap saja.

Aku yang hilang,
Biar kau tak buat secukupnya,
Kau masih ada masa
Kerahkan segala tenaga.

Aku yang hilang,
Jangan biar dirimu tenggelam,
Ditelan dalam kegelapan dunia,
Mari menuju jalan yang sebenarnya.

Aku yang hilang,
Bangkitlah semula
Meraih cinta abadi
Yang kekal hingga disana.

Tulus dari yang lama menyepi,

AST.

Friday, 29 April 2016

No SLEPING allowed!

Bismillahirrahmanirrahim.

OK. Sebelum aku mulakan cerita, nak highlight sikit this entry bukan lah tentang spelling error yang ada tapi cerita yang ada disebaliknya.
.
.
.
Jam dinding yang di gantung rapi di dalam surau yang besarnya dalam 7m x 5m itu menunjukkan 15 minit lagi masuk waktu asar. Beberapa orang pekerja di dalam bangunan itu ada yang sedang melelapkan mata di surau muatan jema’ah seramai lebih kurang 15 orang sahaja. Fikir ku untuk melepaskan lelah bekerja agaknya.

Aku mula menyarungkan telekung warna kelabu asap yang di wakafkan untuk kegunaan orang awam yang menggunakan “surau public” itu oleh hamba yang baik hati. Kedengaran mereka yang sedang enak tidur tadi seorang demi seorang lantas duduk dan membuat sedikit pergerakkan atau lebih dikenali dengan istilah stretching, sebelum bersedia untuk menunaikan solat waktu asar.

“Eh embak, tadi ada orang tegur aku sedang tidur disini,” kedengaran salah seorang dari mereka memulakan bicara.
“Lalu apa katanya?”
“Yah, dia cakap inggeris tuh kak, katanya no sleeping here
“Lalu apa balas mu?”
“Aku cuma senyum aja, dia pergi terus aja aku tidur”

…dan cerita mereka sedikit lanjut kepada perkara lain. Aku pun memusingkan badanku 180 darjah, dan memberi senyuman pada pekerja-pekerja yang sedang berbual rancak itu.

“Tidak apa lah, ini kan surau, mau dimana lagi akak tidur. Akak tidur sini aja, pedulikan lah mereka,” ujar ku dengan menggunakan bahasa Indonesia. (hehehe pandai sikit pun okay lah kan?)

Lalu mereka pun tersenyum, dan kemudian menuju ke tempat berwudhu.

“Allahu Akbar, Allahu Akbar” kedengaran azan indah yang memanggil kami pada Sang Pencipta lalu kami pun bersama menghadapNya.
.
.
.
Okay, renungan bagi aku (firstandforemost) and then, the rest of the readers.

1.     No sleping allowed” di dalam surau. Jadi dimanakah pekerja muslim ini akan merehatkan minda? Kalau mereka membuat kacau di dalam surau, ya, aku faham kenapa “no sleeping allowed” tapi kalau cuma untuk berehat apa masalahnya?

2.     Kalau kita orang Islam sudah menegur dalam perkara sekecil dan sangat tidak penting begini dengan orang Islam lainnya, macam mana lah orang Islam hendak berjinak kesurau? Biarlah mereka mau buat apa, mungkin hanya sekadar melelapkan mata suatu hari dapat hidayah kerana sentiasa melihat mereka yang lain beribadah pada yang Esa. PLUS surau tu kan macam masjid, dan masjid tu pula adalah rumah Allah. Kan surau mempunyai objektif sama, jadi biarlah orang mau buat apa, asal semuanya benda baik yang Allah redha.

3.     Aku rasa benar manusia ini suka menghukum jenisnya. Apa apa pun mesti mahu lihat negative. Apa kata kita shift paradigma dan jadi lebih positive? LET US ALL SPREAD THE POSITIVE VIBES. BE THE AMAZING PEOPLE TO SEE AMAZING CHANGES IN THIS WORLD! HAMASAH GEAR ON.

Ok lah, that’s all for this entry. Harap ada manfaat.

Assalamu’alaikum dan selamat tidur semua!

Wednesday, 21 October 2015

Terlebih Sering

Fasa Jahiliyyah,

Terlebih sering aku memilih untuk menjadi pendosa,
sedang Allah campakkan nikmat depan mata,
biar aku sentiasa bersyukur padaNya. 

Terlebih sering aku lupa anugerahNya,
sedang aku mabuk dunia.

Terlebih sering aku salahkan takdirNya,
bila aku di gelombang binasa.

Terlebih sering aku yang sengaja buat dosa,
sedang Dia sentiasa ada di sisi aku. 

Terlebih sering aku fikir aku sempurna,
sedang tiada yang sempurna selainNya.

Terlebih sering aku zalimi diri,
sedang hidayah tak henti diberi.

Fasa Islamiyyah,

Terlebih sering kau dan aku adalah sama dan satu,
kerana Islam agama aku dan kamu.

Terlebih sering bila ku alpa,
kau sentiasa ada mengingatkan aku yang mudah lupa.

Terlebih sering walau aku dan kau sering bergelombang dosa,
kau dan aku tetap ada mengingat apa tujuan sebenar hidup kita.

Terlebih sering Dia lebih banyak dihati,
buat diriku lebih syukur walau berada dalam dunia penuh pancaroba.

Terlebih sering bila semua tidak berjalan lancar,
aku menerapkan tawakkal kerna aku lebih percaya qadha dan qadarNya.

Terlebih sering bila aku sengaja berbuat dosa,
Dia sentiasa membukakan pintu taubat seluasnya.

Terlebih sering aku mentadabburi keadaan sekelilingku,
supaya aku lebih bersyukur akan pemberianNya.

Ya ikhwah wa akhwat...

Sekarang nampakkah engkau kenapa Islam itu indah?
Sekarang terangkah penglihatanmu bahawa Allah itu Ar-Rahman?
Apalagi dalihmu?
Apa jahiliyyah lebih indah dari islamiyyah?

Aku tidaklah sesempurna kata-kata yang ku lontarkan.
Jika Allah tidak menutup keaibanku pasti memandangku pun kamu tidak mahu.
Hanya sekadar peringatan semata,
kerna uhibukunnafillah abadan abada.

Peringatan bukan untuk membuakkan benci atau emosi,
cuma mahu sama-sama refleksi dan mengoreksi diri.

Signing out,
AST.

Saturday, 17 October 2015

Lemah

"Kerana ALASAN itu adalah bagi mereka yang lemah.
Dan aku TIDAK MAHU jadi seorang yang lemah."