Fasa Jahiliyyah,
Terlebih sering aku memilih untuk menjadi pendosa,
sedang Allah campakkan nikmat depan mata,
biar aku sentiasa
bersyukur padaNya.
Terlebih sering aku lupa anugerahNya,
sedang aku mabuk dunia.
Terlebih sering aku salahkan takdirNya,
bila aku di gelombang binasa.
Terlebih sering aku yang sengaja buat dosa,
sedang Dia sentiasa ada di sisi aku.
Terlebih sering aku fikir aku sempurna,
sedang tiada yang sempurna selainNya.
Terlebih sering aku zalimi diri,
sedang hidayah tak henti diberi.
Fasa Islamiyyah,
Terlebih sering kau dan aku adalah sama dan satu,
kerana Islam agama aku dan kamu.
Terlebih sering bila ku alpa,
kau sentiasa ada mengingatkan aku yang mudah lupa.
Terlebih sering walau aku dan kau sering bergelombang dosa,
kau dan aku tetap ada mengingat apa tujuan sebenar hidup kita.
Terlebih sering Dia lebih banyak dihati,
buat diriku lebih syukur walau berada dalam dunia penuh
pancaroba.
Terlebih sering bila semua tidak berjalan lancar,
aku menerapkan tawakkal kerna aku lebih percaya qadha dan
qadarNya.
Terlebih sering bila aku sengaja berbuat dosa,
Dia sentiasa membukakan pintu taubat seluasnya.
Terlebih sering aku mentadabburi keadaan sekelilingku,
supaya aku lebih bersyukur akan pemberianNya.
Ya ikhwah wa akhwat...
Sekarang nampakkah engkau kenapa Islam itu indah?
Sekarang terangkah penglihatanmu bahawa Allah itu Ar-Rahman?
Apalagi dalihmu?
Apa jahiliyyah lebih indah dari islamiyyah?
Aku tidaklah sesempurna kata-kata yang ku lontarkan.
Jika Allah tidak menutup keaibanku pasti memandangku pun kamu
tidak mahu.
Hanya sekadar peringatan semata,
kerna uhibukunnafillah abadan abada.
Peringatan
bukan untuk membuakkan benci atau emosi,
cuma mahu sama-sama refleksi dan mengoreksi diri.
Signing out,
AST.
cuma mahu sama-sama refleksi dan mengoreksi diri.
Signing out,
AST.
♥♥♥
ReplyDelete