Bismillahirrahmanirrahim.
OK. Sebelum aku mulakan cerita, nak highlight sikit this
entry bukan lah tentang spelling error yang ada tapi cerita yang ada
disebaliknya.
.
.
.
Jam dinding yang di gantung rapi di dalam surau yang
besarnya dalam 7m x 5m itu menunjukkan 15 minit lagi masuk waktu asar. Beberapa
orang pekerja di dalam bangunan itu ada yang sedang melelapkan mata di surau
muatan jema’ah seramai lebih kurang 15 orang sahaja. Fikir ku untuk melepaskan
lelah bekerja agaknya.
Aku mula menyarungkan telekung warna kelabu asap yang di
wakafkan untuk kegunaan orang awam yang menggunakan “surau public” itu oleh hamba yang baik hati. Kedengaran mereka yang
sedang enak tidur tadi seorang demi seorang lantas duduk dan membuat sedikit
pergerakkan atau lebih dikenali dengan istilah stretching, sebelum bersedia untuk menunaikan solat waktu asar.
“Eh embak, tadi ada orang tegur aku sedang tidur disini,”
kedengaran salah seorang dari mereka memulakan bicara.
“Lalu apa katanya?”
“Yah, dia cakap inggeris tuh kak, katanya no sleeping here”
“Lalu apa balas mu?”
“Aku cuma senyum aja, dia pergi terus aja aku tidur”
…dan cerita mereka sedikit lanjut kepada perkara lain. Aku
pun memusingkan badanku 180 darjah, dan memberi senyuman pada pekerja-pekerja
yang sedang berbual rancak itu.
“Tidak apa lah, ini kan surau, mau dimana lagi akak tidur.
Akak tidur sini aja, pedulikan lah mereka,” ujar ku dengan menggunakan bahasa
Indonesia. (hehehe pandai sikit pun okay lah kan?)
Lalu mereka pun tersenyum, dan kemudian menuju ke tempat
berwudhu.
“Allahu Akbar, Allahu Akbar” kedengaran azan indah yang
memanggil kami pada Sang Pencipta lalu kami pun bersama menghadapNya.
.
.
.
Okay, renungan bagi aku (firstandforemost)
and then, the rest of the readers.
1.
“No sleping allowed” di dalam surau.
Jadi dimanakah pekerja muslim ini akan merehatkan minda? Kalau mereka membuat
kacau di dalam surau, ya, aku faham kenapa “no sleeping allowed” tapi
kalau cuma untuk berehat apa masalahnya?
2.
Kalau kita orang Islam sudah menegur dalam perkara
sekecil dan sangat tidak penting begini dengan orang Islam lainnya, macam mana
lah orang Islam hendak berjinak kesurau? Biarlah mereka mau buat apa, mungkin
hanya sekadar melelapkan mata suatu hari dapat hidayah kerana sentiasa melihat
mereka yang lain beribadah pada yang Esa. PLUS surau tu kan macam masjid, dan
masjid tu pula adalah rumah Allah. Kan surau mempunyai objektif sama, jadi
biarlah orang mau buat apa, asal semuanya benda baik yang Allah redha.
3.
Aku rasa benar manusia ini suka menghukum jenisnya.
Apa apa pun mesti mahu lihat negative.
Apa kata kita shift paradigma dan
jadi lebih positive? LET US ALL SPREAD THE POSITIVE VIBES. BE THE AMAZING PEOPLE TO SEE
AMAZING CHANGES IN THIS WORLD! HAMASAH
GEAR ON.
Ok lah, that’s all for
this entry. Harap ada manfaat.
No comments:
Post a Comment