Friday, 16 October 2015

Satu Ketika

Jam menunjukkan pukul 9.53 malam. Sesaat berdetik tidak ku hiraukan. Mungkin kerana aku merasa tidak selesa dengan perasaan ku ketika itu. Ku toleh ke kanan, kosong. Pusing ke kiri juga kosong. Peritnya sunyi malam, perit lagi suasana yang bermain dalam minda. Aku mula mencapai komputer riba ku di sudut kanan meja.

Bismillahirrahmanirrahim.

“Kak, aku rasa lemah lah. Tak tahu kenapa. Mungkin its one of the days I reach those low points of iman?” jari-jemari ku mula berbicara sedang ku menyusun ayat untuk di hantar kepada salah seorang teman seperjuangan yang telah lama mengenaliku. “I did not expect this coming from you,” balasnya. Entah mengapa aku merasa sangat terkilan. Bukan padanya, tapi pada diriku sendiri.

Pantas ku tutup komputer riba ku dan mengembalikannya ketempat yang asal. Pedihnya kata-kata itu. Ia menusuk ke dalam jiwa ku. Aku tertanya-tanya pada diriku, kenapa aku begini. Lantas ku capai buku “Lagenda Budak Usrah” yang duduk di ruangan buku-buku bacaan yang tersusun rapi. “Sudah lama tak baca ni, mungkin aku boleh dapat sesuatu dari sini.” Cepat sekali Allah menurunkan pertolongan apabila topik yang dibuka adalah “Dan Bila Semangatmu Makin Menghilang.” Bak kata pepatah, siapa yang makan cili dia yang terasa pedasnya.

Mencuba sedaya upaya untuk menggerakkan minda dan mengumpulkan perasaan positif dalam diri, aku cuba mentelaah setiap baris dan ayat yang di utarakan Muharikah. Dalam banyak-banyak pesanannya, aku teringat pada satu yang berbunyi : Kita harus MENGGERAKKAN diri sendiri untuk berbuat lebih dari orang lain - ayat yang membuat ku tersedar dari buaian angan yang tak henti. Benar, aku merasa yang aku tidak berguna sedang rakan seperjuangan ku menyibukkan diri dengan kerjaya masing-masing, dengan perjuangan Islam yang tetap tegar dihati mereka, dengan usaha yang tidak putus-putus. Sedangkan aku...aku tidak punya apa-apa selain di warnai oleh kerja rumah yang menjadi tanggungjawab ku sebagai seorang anak menjadi rutin harian ku. Aku merasa bosan dan tidak produktif. Sekarang aku faham, aku perlu cari jalan. Aku perlu bangkit, bukan kerana aku mahu mengalahkan mereka, tapi kerana menuju redha Allah semata-mata.


Kini, aku rasa lebih tenang, in sya Allah akan lebih tenang pada keesokkan hari. Aku curi-curi melihat jam dinding. Rupanya baru sahaja masuk 10:10 malam. Benar, ilham yang Allah berikan aku sekejap tadi walaupun ringkas tapi penuh makna bagi diri yang lemah ini. Ku harap aku akan tetap tegar mencari himmah yang kian hilang, menggali hamasah yang dulunya seperti bara api yang susah untuk padam. Jadi teman, doakanlah aku yang lemah ini, kerana aku cuma manusia biasa. Aku cuma aku.

AST.

1 comment:

  1. Tanggungjawap seorang anak satu ibadah jua. dont despair. Semangat sis!!! Yukendodis :p hai haha baru tdetik hatiku kan membaca

    ReplyDelete